Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum acara pelancaran Apple pada tahun ini. Sudah kedengaran spekulasi terbaru berkaitan jangkaan penawaran pilihan storan dalaman pada siri iPhone 13 kali ini oleh penganalisa terkemuka, Ming-Chi Kuo.

Kuo memaklumkan bahawa iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max bakal ditawarkan dengan pilihan storan dalaman sehingga 1TB. Sementara itu, iPhone 13 dan iPhone 13 mini pula dikatakan mempunyai pilihan minimum storan sebesar 128GB sehingga 512GB sahaja.

Sumber Gambar: BGR

Menerusi perkembangan tersebut, pengguna sudah boleh menjangkakan harga jualan bagi setiap varian model juga akan semakin meningkat pada kali ini. Namun begitu, tindakan ini dilihat relevan kerana saiz fail, aplikasi dan kemas kini perisian yang makin besar pada hari ini.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan penawaran siri terbaharu yang bakal diperlihatkan kepada umum pada acara pelancaran Apple kali ini.

Lihat juga rekaan sebenar Apple iPhone 13 yang didakwa tertiris dalam rancangan Apple TV+.

Rekaan Sebenar iPhone 13 Didakwa Tertiris Dalam Rancangan Apple TV+

MKBHD Beri Bayangan Harga Siri iPhone 12 Mungkin Akan Diturunkan Sekitar Dua Minggu Lagi

Sumber